Mencuci patung Patrick kesayanganku pada hari ini membuatkan ingatanku terimbas kembali tentang peristiwa enam tahun yang lalu ketikaku membelinya . Pada tahun 2007, satu fonemena telah melanda pekan Ayer Hitam, Johor apabila banyak patung 'Spongebob' dan 'Patrick' bergantung-gantungan di setiap gerai sepanjang jalan. Mata remaja mana yang tidak terpikat dengan lambakan patung comel seperti itu dan akhirnya saya memikili satu daripada lambakan patung Patrick tersebut.
Fenomena ini berlaku apabila kartun 'Spangebob Squarepants' telah dialih suara kepada bahasa Melayu dan ditayangkan di TV9. Rancangan kartun itu menjadi popular dengan tiba-tiba sedangkan sebelum ini kartun tersebut telah ditayangkan di TV3 dalam bahasa Inggeris. Bahasa Melayu telah menarik minat bukan sahaja kanak-kanak tetapi juga orang dewasa untuk menontonnya. Walaupun siaran dan episod yang ditayangkan seringkali diulang, namun tiada kata jemu dilontarkan oleh penonton-penonton di Malaysia. kesempatan itu, menyebabkan pengusaha-pengusaha barangan kanak-kanak seperti permainan dan pakaian menjadikan watak-watak di dalam rancangan kartun 'Spangebob Squarepants' sebagai tema produk mereka. itulah hebatnya kuasa bahasa Melayu.
No comments:
Post a Comment