Thursday, 26 April 2012

ENTRI 34: FENOMENA NOVEL MELAYU

"Novel islamik yang bertemakan cinta. Cinta yang ada batasannya." ^_^

“Aku tidak memilih, aku cuma  manusia biasa yang punyai perasaan, dan perasaan itu tak hadir untuk semua orang, hanya hadir untuk yang ditakdirkan sahaja.”  (Teja Aufi Nasrul: 330)

Lelaki yang baik, yang mampu menjaga seorang perempuan adalah lelaki yang tahu bagaimana mahu menjaga matanya. Lelaki yang berbudi bukanlah lelaki yang pandai menabur budi itu hanya dalam kata-kata, tetapi lelaki yang berbudi ialah lelaki yang mampu mengawal dirinya dari musnah kerana persekitaran, yang teguh menggalas ujian, antara ujian yang paling besar ialah ujian yang mendorong ke arah perempuan. Jika dia dapat mengawalnya, maka insya-Allah dia dapat menghadapi ujian itu. (Teja Aufi Nasrul)

Kalau ada bunga di taman,
Engkaulah bunga itu.....
Kulau ada kumbang di taman...
Akulah kumbang itu.

Hanya kita berdua....
Kerana Tuhan menciptakan kita,
Hanya kita berdua...
Yang layak berada di taman itu...
Hanya aku dan kamu!

Salahkah bila kumbang menghisap madu bunga?
Salahkah bila hati menaruh cinta?
Salahkah bila rindu memanggil nama?
Salahkah bila aku ingin berbicara
Pada bulan pada angin pada malam
Agar semuanya turut faham
Sebuah rasa yang dinamakan cinta.
Salahkah?
(Teja Aufi Nasrul: 72)

Hidup bagaikan, bila ada kehidupan, di situlah akan ada ujian.
Bila ada ujian, di situlah mungkin ada kedukaan.
Bila ada kedukaan, pastilah kerana adanya cinta.
Kerana bila ada cinta maka adalah air mata.
Namun diharapkan agar hidup bukan hanya untuk menangis.
Biar duka, biar gembira, haruslah bersederhana dalam merasai kebahagiaan kerana,
Semua yang dirasai itu akan cepat berlalu,
Hanya ingatan kepada Allah SWT saja yang diminta jangan berlalu dari sisi
(Teja Aufi Nasrul: 344)

Kadang-kadang manusia ini berasa diri sudah cukup banyak melakukan kebajikan walhal semua yang dirasakan itu hanya anggapan yang kosong belaka. Kadang-kadang manusia itu berasa dirinya telah hampir dengan Tuhan, telah terlalu banyak amalan....walhal yang dirasa itu tidak lain hanyalah permainan syaitan semata. Semuanya tidak lain hanyalah penipuan semata-mata. (Teja Aufi Nasrul: 395)

Salahkah bila aku merasa cinta?
Sedangkan aku dicipta setelah engkau tercipta...... (Teja Aufi Nasrul: 92)

"Kebaikan itu bukan pada kata-kata... kerana sifat itulah kebaikan. Perbuatan itulah sebenarnya mencerminkan kebaikan. Bukan hanya terletak pada kata-kata. Kebaikan adalah sifat."

"Perempuan ini, hebatnya bukan pada mata yang melihat... bukan pada telinga yg mendengar. Pun bukan pada kata-kata yang terucap. Perempuan itu adalah ketenangan di sebalik dirinya yg terlindung. Dan yang terlindung itu bukan hanya pada mata zahir... tetapi pada hatinya. Yang terlindung dan dilindungi. Itulah kesucian. "
"Jodoh! Sesuatu yg telah ditetapkan untuk kita. Walau kita berlari untuk menghindarnya... walau kita mengejar untuk mendapatkannya...tetaplah ia berjalan di atas garis yang telah ditetapkan..."

Sumber: Teja Aufi Nasrul (2006).  Kerana kau lelakiku. Negeri Sembilan: Nyelea Publishing.                                                                                                                                                                                                                              
             Berdasarkan ayat-ayat di atas, dapatlah kita lihat bahawa novel Melayu kini semakin hangat berbicara tentang cinta dalam pelbagai situasi.  Popularitinya meningkat mengikut kutipan jualan yang diterima. Pencinta-pencinta novel boleh memilih pelbagai bahan bacaan ini mengikut tema yang diminati oleh mereka. Namun perkara yang pasti novel cinta mendapat tempat pertama di hati pembaca.  "Tepuk dada tanya selera."                                                                                           

Wednesday, 25 April 2012

ENTRI 33: HARAPKAN PAGAR ATAU PEGAR?

Seorang rakan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menghubungi saya untuk bertanya tentang satu soalan yang berkaitan dengan peribahasa Melayu. Soalan yang diajukan olehnya berbunyi, apakah ungkapan sebenar bagi peribahasa "Harapkan pagar, pagar makan padi?" "Adakah ungkapan itu benar?" Saya pun mengatakannya dengan yakin bahawa peribahasa itu benar kerana peribahasa itulah yang telah saya terima sejak zaman sekolah hingga kini. "Namun dia bertanya lagi, "Benarkah pagar yang memakan padi, sedangkan pagar tidak boleh memakan? Tidak logik." Lalu saya menjawab peribahasa itu menggunakan unsur-unsur personifikasi. Dia tetap tidak yakin. Hal ini demikian kerana, dia mendapat maklumat daripada seorang rakan lain, bahawa perkataan pagar itu sebenarnya diistilahkan sebagai pegar iaitu seekor burung. Masyarakat Melayu tradisional menjadikan burung pegar sebagai haiwan pengawal tanaman mereka daripada dimakan oleh tikus atau serangga-serangga lain. Kesilapan yang berlaku dalam pengistilahan unggkapan itu disebabkan berlakunya kekeliruan ketika mentafsir tulisan jawi kepada rumi. Hal ini demikian kerana ejaan tulisan jawi antara perkataan pegar dan pagar adalah sama. Itulah silapnya apabila tulisan jawi tidak dipelihara dengan baik. Segala maklumat yang diperoleh oleh rakan saya itu adalah maklumat yang diberikan oleh rakannya yang menuntut di Brunei dalam pengajian kesusasteraan Melayu.

"Inilah burung pegar." ^_^

         Melalui maklumat itu, saya pun berusaha untuk mendapatkan maklumat tambahan melalui laman sesawang, dan tenyata banyak blog yang mensahihkan kebenaran maklumat tersebut. Persoalannya, mengapa peribahasa ini tidak pernah diperbetulkan dalam kalangan warga sekolah? Saya berpendapat bahawa peribahasa ini perlulah diubah menjadi ungkapannya yang sebenar kerana ini adalah khazanah dan warisan nenak moyang kita yang perlu dipelihara. Ingat! "Harapkan pegar, pegar makan padi."

Tuesday, 24 April 2012

ENTRI 32: RAGAM IMBUHAN

Saya tersenyum apabila memandang ke arah paparan power point yang ditayang dalam kelas minor. Banyak penggunaan imbuhan yang tidak tepat dalam paparan tesebut. Pensyarah kursus itu juga mengakui bahawa beliau tidak arif tentang penggunaan imbuhan dalam bahasa Melayu. Selain itu beliau juga sangat gemar menggunakan imbuhan apitan ke-...-an dalam penulisannya walaupun imbuhan itu tidak sesuai digunakan dalam sesetengah perkataan. Perkataan 'kecikguaan' yang terpampang dalam paparan tersebut membuatkan kami tertawa. Beliau juga turut tertawa kerana yakin penggunaan imbuhan itu tidak sesuai untuk kata dasar 'cikgu'.

"Gunakanlah imbuhan dalam berkomunikasi". ^_^
         Ragam imbuhan menunjukkan kapada kita bahawa uniknya bahasa Melayu. Hanya bahasa Melayu yang mempunyai aspek imbuhan. Terdapat banyak jenis imbuhan  dalam sistem tatabahasa Melayu seperti imbuhan apitan, awalan, sisian dan akhiran. Kebanyakkan bangsa lain seperti Cina dan India mengakui bahawa kesukaran untuk menguasai bahasa Melayu dengan baik adalah disebabkan aspek imbuhan. Mereka sukar membezakan penggunaan imbuhan bagi kata nama, kata kerja dan lain-lain. Fungsi imbuhan juga menunjukkan keunikan bahasa melayu iaitu dengan menggunakan imbuhan, satu-satu perkataan boleh berubah sifat daripada satu kata kepada kata lain. sebagai contoh, frasa 'makan' yang asalnya merupakan kata kerja, akan berubah menjadi kata nama apabila ditambah dengan imbuhan akhiran -an dan menjadi frasa 'makanan'. Bukankah itu satu keunikan bahasa Melayu. oleh itu, marilah kita dalami ilmu lingustik bahasa Melayu kerana "Tak kenal maka tak cinta".

Monday, 23 April 2012

ENTRI 31: KESANTUNAN BAHASA


Minggu lepas adalah minggu pembentangan tugasan drama bagi kursus Sosiolingistik Melayu. Kesemua kumpulan memilih tugasan drama yang bertemakan ketidaksantunan berbahasa. Mereka menekankan aspek tidak menghormati orang lain, aspek penggunaan kata ganti nama diri yang tidak sesuai dalam pertuturan secara formal, penggunaan panggilan kehormat yang tidak tepat dan sebagainya. Selain itu sikap yang tidak berbudi bahasa juga ditonjolkan selaras dengan tema ketidaksantunan bahasa. Kesemua aspek tersebut sememangnya tepat dengan tajuk yang dipilih oleh mereka.

         Perkara ini amat berbeza dengan prinsip yang diamalkan dalam berbicara tentang kesantunan bahasa. Apakah sebenarnya perkara yang melibatkan kesantunan bahasa?  Kesantunan bahasa meliputi beberapa perkara seperti yang diperoleh melalui


Cara sapaan lisan/bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa.


Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau
menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa.


Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai s
istem sapaan dan panggilan yang tersendiri.

Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama.


Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan.


Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli dan sebagainya. Bahasa halus mengikut Asmah Haji Omar ``disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan adab tata tertib.''


Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa. Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan. 
                                                                                     


Bersantun dalam berbahasa dan bertingkah laku ^_^

Friday, 20 April 2012

ENTRI 30: Orang berbudi kita berbahasa

Rakan sebilik bertanya kepada saya tentang rangkap terakhir bagi peribahasa "Orang berbudi kita berbahasa'. Lalu saya jawab, "Orang memberi kita merasa". Persoalannya membuatkan saya terfikir maksud disebalik peribahasa tersebut. Saya yakin bahawa maksud peribahasa tersebut ialah kita mestilah membalas budi baik seseorang. Walau bagaimapun, saya berasa agak keliru dan persoalan dalam minda bercambah lagi. Mengapa perlakuan membalas budi itu dirujuk dengan istilah berbahasa? Adakah berbahasa merupakan salah satu berbudi? Pada pendapat saya, istilah berbahasa bermaksud menggunakan bahasa, tetapi bahasa yang bagaimana perlu kita gunakan untuk membalas budi? 

         Bagi mendapatkan kepastian, saya cuba mencari makna sebenar peribahasa tersebut melalui laman sesawang. Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, makna sebenar peribahasa tersebut ialah tiap-tiap pemberian orang hendaklah dibalas dengan pemberian iaitu kita harus tahu berterima kasih. Kini berulah saya mengerti sebab istilah berbahasa digunakan untuk peribahasa tersebut setelah hampir empat tahun bergelar mahasiswa bahasa Melayu dengan minor kesusasteraan Melayu. Begitulah indahnya peribahasa Melayu , penuh makna tersirat dan pengajaran bagi mendidik masyarakat. Oleh itu marilah kita aplikasikan peribahasa ini sebagai amalan kehidupan, iaitu sentiasa berbahasa dengan ucapan terima kasih apabila menerima sesuatu daripada seseorang.

"Jadikan ucapan terima kasih sebagai budaya" ^_^






Thursday, 19 April 2012

ENTRI 29: RTM MOBILE

"RTM Bergerak" ^_^
Semalam, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah dikunjungi oleh Dato' Seri Utama Rais Yatim sempena pelancaran RTM Mobile. Beliau merasmikan pelancaran RTM Mobile itu  pada jam 2.00 petang di Dewan SITC. Sempat saya berkunjung ke gerai-gerai yang didirikan di dalam kawasan padang UPSI bagi meninjau perkara-perkara yang menarik dalam program tersebut. Setelah mengujungi kesemua gerai yang tedapat di situ, saya dapati kebanyakkan gerai yang dibina, melaksanakan aktiviti yang mempunyai kaitan dengan organisasi RTM itu sendiri. Sebagai contoh aktiviti yang terdapat dalam program tersebut ialah 'Cuba-Cuba Bakat' iaitu aktiviti yang membolehkan pengunjung mencuba bakat mereka sebagai seorang pembaca berita atau pengacara. Sememangnya banyak aktiviti yang menarik dalam program tersebut.
        Namun perkara yang menjadi tanda tanya dalam fikiran saya ialah, apa itu RTM Mobile? Berdasarkan pengetahuan saya, 'mobile' merupakan istilah bahasa Inggeris yang bermasuk 'bergerak'. Tidak salah rasanya jika perkataan mobile ditukar menjadi bergerak. Hal ini demikian kerana, setelah saya mencari maklumat berkenaan RTM Mobile di laman sesawang, saya dapati bahawa RTM Mobile ialah satu aplikasi streaming secara langsuang di telefon pintar mudah alih.  RTM Mobile juga menyediakan perkhidmatan khas menonton televesyen dan mendengar radio walau di mana-mana sahaja hanya untuk pengguna di Malaysia. Frasa "di mana-mana sahaja' menjadikan saya lebih yakin dan setuju jika penggunaan istilah mobile ditukar menjadi bergerak. Bukankah lebih indah bunyinya jika program ini dinamakan sebagai RTM bergerak? Sementelah inilah saluran informasi kerajaan yang sepatutnya memartabatkan bahasa ibunda. jika bukan mereka yang memulakannya, adakah tanggungjawab memartabatkan bahasa Melayu perlu diserahkan kepada media swasta? Tepuk dada tanyalah fikiran dan minda.

Wednesday, 18 April 2012

ENTRI 28: NASIB SEORANG PELANGGAN

Petang tadi, aku melihat satu situasi yag berlaku di dalam sebuah kedai pakaian. Seorang wanita cuba untuk tawar-menawar dengan pemilik kedai tersebut. Namun, pemilik kedai itu tidak dapat menjualnya dengan harga yang diminta oleh pelanggan tersebut. Akhirnya pelanggan itu, berkata "Tidak mengapalah, saya cari tempat lain sahaja." Peniaga itu tiba-tiba berubah wajah dan memarahi pelanggan itu dengan mengatakan, "Pergilah ke kedai lain! Ramai lagilah yang mahu membeli pakaian ini." Benarkah perilaku peniaga tersebut?

"Jadilah seorang pengguna atau pelanggan yang bijak." ^_^

        Sememannya tidak, sepatutnya dia menghormati seorang pelanggan dan melayan kehendak mereka dengan baik serta sopan sopan walau apa-apa sekalipun karenah mereka yang perlu dihadapi oleh  seorang peniaga. Hal ini demikian kerana, pelanggan mempunyai hak utuk menawar harga-harga barangan yang ingin dibeli. Seorang pelanggan perlulah mengetahui hak mereka sebagai seorang pelanggan agar tidak ditindas sebagaimana nasib wanita tadi.