"Novel islamik yang bertemakan cinta. Cinta yang ada batasannya." ^_^ |
“Aku tidak
memilih, aku cuma manusia biasa yang
punyai perasaan, dan perasaan itu tak hadir untuk semua orang, hanya hadir
untuk yang ditakdirkan sahaja.” (Teja
Aufi Nasrul: 330)
Kalau
ada bunga di taman,
Engkaulah
bunga itu.....
Kulau
ada kumbang di taman...
Akulah
kumbang itu.
Hanya
kita berdua....
Kerana
Tuhan menciptakan kita,
Hanya
kita berdua...
Yang
layak berada di taman itu...
Hanya
aku dan kamu!
Salahkah
bila kumbang menghisap madu bunga?
Salahkah
bila hati menaruh cinta?
Salahkah
bila rindu memanggil nama?
Salahkah
bila aku ingin berbicara
Pada
bulan pada angin pada malam
Agar
semuanya turut faham
Sebuah
rasa yang dinamakan cinta.
Salahkah?
(Teja Aufi
Nasrul: 72)
Hidup
bagaikan, bila ada kehidupan, di situlah akan ada ujian.
Bila
ada ujian, di situlah mungkin ada kedukaan.
Bila ada kedukaan, pastilah kerana adanya
cinta.
Kerana
bila ada cinta maka adalah air mata.
Namun
diharapkan agar hidup bukan hanya untuk menangis.
Biar
duka, biar gembira, haruslah bersederhana dalam merasai kebahagiaan kerana,
Semua
yang dirasai itu akan cepat berlalu,
Hanya
ingatan kepada Allah SWT saja yang diminta jangan berlalu dari sisi
(Teja Aufi
Nasrul: 344)
Kadang-kadang
manusia ini berasa diri sudah cukup banyak melakukan kebajikan walhal semua
yang dirasakan itu hanya anggapan yang kosong belaka. Kadang-kadang manusia itu
berasa dirinya telah hampir dengan Tuhan, telah terlalu banyak amalan....walhal
yang dirasa itu tidak lain hanyalah permainan syaitan semata. Semuanya tidak
lain hanyalah penipuan semata-mata. (Teja Aufi
Nasrul: 395)
Salahkah bila aku merasa
cinta?
Sedangkan
aku dicipta setelah engkau tercipta...... (Teja Aufi Nasrul: 92)
"Kebaikan itu bukan pada kata-kata... kerana
sifat itulah kebaikan. Perbuatan itulah sebenarnya mencerminkan kebaikan. Bukan
hanya terletak pada kata-kata. Kebaikan adalah sifat."
"Perempuan ini,
hebatnya bukan pada mata yang melihat... bukan pada telinga yg mendengar. Pun
bukan pada kata-kata yang terucap. Perempuan itu adalah ketenangan di sebalik
dirinya yg terlindung. Dan yang terlindung itu bukan hanya pada mata zahir...
tetapi pada hatinya. Yang terlindung dan dilindungi. Itulah kesucian. "
"Jodoh! Sesuatu yg telah ditetapkan untuk kita.
Walau kita berlari untuk menghindarnya... walau kita mengejar untuk
mendapatkannya...tetaplah ia berjalan di atas garis yang telah
ditetapkan..."
Sumber: Teja
Aufi Nasrul (2006). Kerana kau lelakiku. Negeri Sembilan: Nyelea Publishing.
Berdasarkan ayat-ayat di atas, dapatlah kita lihat bahawa novel Melayu kini semakin hangat berbicara tentang cinta dalam pelbagai situasi. Popularitinya meningkat mengikut kutipan jualan yang diterima. Pencinta-pencinta novel boleh memilih pelbagai bahan bacaan ini mengikut tema yang diminati oleh mereka. Namun perkara yang pasti novel cinta mendapat tempat pertama di hati pembaca. "Tepuk dada tanya selera."
No comments:
Post a Comment