Friday, 27 April 2012

ENTRI 35: LARAS BAHASA AL-KULLIYYAH

"Tontonlah Al-Kulliyyah di TV3, ingat Jumaat, ingat Al-Kulliyyah." Bak kata Ustaz Fauzi  ^_^

Al-Kulliyyah merupakan rancangan keagamaan yang seringkali aku tonton pada setiap petang Jumaat. Rancangan berbentuk ilmiah seperti itu mengaplikasikan bahasa formal sebagai bahasa pengantarnya. Bahasa yang disampaikan melalui rancangan tersebut menggunakan laras bahasa agama. Laras bahasa agama merupakan penggunaan bahasa Melayu standard yang mengandungi unsur-unsur nasihat bagi membincangkan isu keagamaan. Selain itu, laras bahasa ini juga mengandungi istilah pinjaman daripada bahasa Arab seperti tajuk rancangan ini sendiri iaitu Al-Kulliyyah. Petikan-petikan daripada al-Quran dan hadis juga menjadi perkara wajib yang wujud dalam penggunaan laras bahasa agama.

   Tajuk 'Janji Dikota' yang dibangkitkan dalam episod al-Kulliyyah kali ini menerangkan hukam-hakam yang perlu dipatuhi ketika berjanji dengan manusia dan juga bernazar dengan Allah. Banyak firman Allah yang dikemukakan berdasarkan tajuk yang dibicangkan dalam episod ini. Laras bahasa yang tepat, memudahkan penonton mudah memahami mesej yang ingin disampaikan oleh rancangan ini iaitu berdakwah fi sabilillah.

No comments:

Post a Comment