Apakah agaknya bicara lukisan ini, adakah kemarahan? ^_^ |
Saya bukan mahu bercerita tentang filem Harry Potter atau rancangan Misteri Nusantara apabila membangkitkan tajuk Lukisan Berbicara. Saya teringat kata-kata seorang tokoh sastera yang mengatakan bahawa, lukisan adalah penipuan. Hal ini demikian kerana, lukisan hanya akan terhasil daripada satu peniruan. Kita tidak pasti sama ada peniruan tersebut benar-benar sama atau tidak dengan objek sebenar. Walau bagaimanapun, lukisan mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri. Lukisan tergambar dengan mendukung pelbagai makna iaitu melalui garisan, warna, bentuk dan sebagainya. Oleh itu, saya katakan bahawa lukisan boleh berbicara, tetapi hanya orang yang pakar sahaja dapat memahami bicara sebuah lukisan.
Lukisan abstrak misalnya sangat terkenal sebagai sebuah lukisan yang mempunyai makna tersirat. Warna dan simbol yang digunakan mempunyai maksud tertentu. Sebuah lukisan tidak dapat dinilai kualitinya dengan hanya dipandang secara zahir tetapi dengan meneliti perkara sebenar yang ingin disampaikan oleh penukis. Kadangkala, lukisan juga dijadikan medan untuk meluahkan isi hati. Pelukis hanya perlu melari-larikan berus lukisan untuk berkata-kata tentang perasaan mereka. Kemungkinan ketika marah, mereka tidak perlu melontarkan kemarahan itu kepada sesiapa, tetapi hanya melontarkannya di atas sehelai kertas atau kain putih . Uniknya bahasa lukisan.
No comments:
Post a Comment