Petang tadi, aku melihat satu situasi yag berlaku di dalam sebuah kedai pakaian. Seorang wanita cuba untuk tawar-menawar dengan pemilik kedai tersebut. Namun, pemilik kedai itu tidak dapat menjualnya dengan harga yang diminta oleh pelanggan tersebut. Akhirnya pelanggan itu, berkata "Tidak mengapalah, saya cari tempat lain sahaja." Peniaga itu tiba-tiba berubah wajah dan memarahi pelanggan itu dengan mengatakan, "Pergilah ke kedai lain! Ramai lagilah yang mahu membeli pakaian ini." Benarkah perilaku peniaga tersebut?
"Jadilah seorang pengguna atau pelanggan yang bijak." ^_^ |
Sememannya tidak, sepatutnya dia menghormati seorang pelanggan dan melayan kehendak mereka dengan baik serta sopan sopan walau apa-apa sekalipun karenah mereka yang perlu dihadapi oleh seorang peniaga. Hal ini demikian kerana, pelanggan mempunyai hak utuk menawar harga-harga barangan yang ingin dibeli. Seorang pelanggan perlulah mengetahui hak mereka sebagai seorang pelanggan agar tidak ditindas sebagaimana nasib wanita tadi.
No comments:
Post a Comment