Saya tersenyum apabila memandang ke arah paparan power point yang ditayang dalam kelas minor. Banyak penggunaan imbuhan yang tidak tepat dalam paparan tesebut. Pensyarah kursus itu juga mengakui bahawa beliau tidak arif tentang penggunaan imbuhan dalam bahasa Melayu. Selain itu beliau juga sangat gemar menggunakan imbuhan apitan ke-...-an dalam penulisannya walaupun imbuhan itu tidak sesuai digunakan dalam sesetengah perkataan. Perkataan 'kecikguaan' yang terpampang dalam paparan tersebut membuatkan kami tertawa. Beliau juga turut tertawa kerana yakin penggunaan imbuhan itu tidak sesuai untuk kata dasar 'cikgu'.
"Gunakanlah imbuhan dalam berkomunikasi". ^_^ |
Ragam imbuhan menunjukkan kapada kita bahawa uniknya bahasa Melayu. Hanya bahasa Melayu yang mempunyai aspek imbuhan. Terdapat banyak jenis imbuhan dalam sistem tatabahasa Melayu seperti imbuhan apitan, awalan, sisian dan akhiran. Kebanyakkan bangsa lain seperti Cina dan India mengakui bahawa kesukaran untuk menguasai bahasa Melayu dengan baik adalah disebabkan aspek imbuhan. Mereka sukar membezakan penggunaan imbuhan bagi kata nama, kata kerja dan lain-lain. Fungsi imbuhan juga menunjukkan keunikan bahasa melayu iaitu dengan menggunakan imbuhan, satu-satu perkataan boleh berubah sifat daripada satu kata kepada kata lain. sebagai contoh, frasa 'makan' yang asalnya merupakan kata kerja, akan berubah menjadi kata nama apabila ditambah dengan imbuhan akhiran -an dan menjadi frasa 'makanan'. Bukankah itu satu keunikan bahasa Melayu. oleh itu, marilah kita dalami ilmu lingustik bahasa Melayu kerana "Tak kenal maka tak cinta".
No comments:
Post a Comment