"Jom belajar". ^_^ |
Ketika
saya berjalan di dalam Terminal 1 Seremban untuk ke kaunter tiket, saya melitas
di hadapan seorang anak muda. Dia sedang menggerak-gerakkan tangan sambil
melihat rakannya di hadapan. Tahulah saya ketika itu bahawa pemuda itu
mempunyai kelainan upaya iaitu bisu. Gerakan-gerakan tangannya merupakan sebuah
bahasa. Bahasa yang dapat dilihat tetapi tidak dapat di dengar. Uniknya ciptaan
Allah yang memberikan kemampuan makhluk-makhluknya berbahasa dan berkomunikasi
walau hanya dengan menggerakkan tangan.
Bahasa isyarat merupakan bahasa yang
diaplikasikan dengan menggunakan isyarat atau simbol serta kod-kod tertentu. Bagi
memahami bahasa isyarat, kita perlulah mempelajari dan memahami kod-kod yang
telah ditetapkan. Bahasa isyarat ini adalah alternetif yang dicipta bagi
memudahkan insan istimewa seperti pekak dan bisu untuk berkomunikasi. Tanpa bahasa
isyarat, maka tidak mustahil golongan istimewa ini sukar untuk berhunbung
dengan orang lain. Penggunaan bahasa isyarat ini tidak terbatas bagi orang-orang
kurang upaya sahaja, tetapi masyarakat juga boleh mempelajarinya sebagai
kemahiran nilai tambah yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan. Kita juga boleh
menjadi tenaga pengajar kepada golongan istimewa ini dengan adanya kemahiran
bahasa isyarat. Melalui ilmu kita dapat membantu.
No comments:
Post a Comment