Friday, 30 March 2012

ENTRI 20: FACEBOOK MEDIUM BERBAHASA


Hanya sekadar tulisan, namun itu sudah cukup untuk memberikan kesan yang besar dalam berkomunikasi melalui laman sosial seperti 'facebook'. Perasaan gembira, marah, sedih dan sebagainya dapat dilontarkan melalui 'facebook' dan difahami oleh semua orang. Hari ini saya membaca status yang ditulis oleh seorang rakan yang menyatakan, "Alhamdulilah..sedih pulak rasa..huhu terima kasih allah.." Melalui kenyataan yang dipaparkan melalui dinding laman facebooknya, dapat saya kesan tentang perasaannya terlalu bersyukur sehinggakan terharu terhadap nikmat kejayaan yang dianugerahkan oleh Allah. 
Tidak kurang juga, ada sesetengah pencinta facebook ini menggunakan laman sosial itu untuk bertelagah sesama sendiri, kutuk mengutuk serta mengumpat keji. Segala perkataan yang ditaip dan dipaparkan melalui status itu dapat menggambarkan keperibadiaan seseorang insan. Hal ini demikian kerana, melalui bahasa seseorang itu boleh dikenali sebagaimana peribahasa yang mengatakan bahawa bahasa menunjukkan bangsa. Oleh itu tetaplah menjaga kesantunan berbahasa walaupun hanya berada di alam maya kerana keperibadian di alam maya akan menggambarkan keperibadian kita di alam realiti.

Gurauan di 'facebook' ^_^


Thursday, 29 March 2012

ENTRI 19: BAHASA IKLAN


Tugasan folio yang bertajuk Selusuri dan Solusi Bahasa Iklan bagi kursus Semantik dan Pragmatik membuatkan saya tersedar bahawa kurangnya kesedaran penggunaan bahasa Melayu yang tepat dalam kalangan masyarakat Melayu. Subjek bahasa Melayu merupakan subjek teras yang perlu diambil dalam setiap peperiksaan awam di Malaysia, namun penggunaannya dalam situasi harian tidak dapat diaplikasikan dengan baik. Sebagai contoh, berdasarkan gambar ini:
Apakah kesalahan yang terdapat gambar ini? ^_^
Peniaga tidak dapat membezakan penggunaan kata sendi 'di' yang sepatutnya dieja secara rapat dengan perkataan 'buka' kerana hanya kata sendi 'di' yang merujuk kepada tempat sahaja yang akan dieja dengan berjarak. Oleh itu, peniaga tersebut perlulah menukar frasa tersebut kepada 'akan dibuka'. 

   pada pendapat saya setiap orang perlulah mempunyai kesedaran untuk menguasai bahasa Melayu yang standard dan formal. Penguasaan bahasa Melayu dengan tatabahasa yang betul ini juga bukan sahaja perlu dikuasai oleh guru bahasa Melayu dan penggiat bahasa seperti mana yang ditanggapi oleh masyarakat. Bahasa Melayu adalah bahasa ibunda masyarakat Melayu dan bahasa kebangsaan masyarakat Malaysia, oleh itu kita perlulah menguasai bahasa itu dengan baik mengikut hukum dan rumus yang telah ditetapkan.

Wednesday, 28 March 2012

ENTRI 18: BAHASA BADAN


Sedikit gelengan kepala dan kerutan mampu membuatkan rakan sebilik saya faham bahawa saya tidak mahu dia membangkitkan kisah peribadi saya kepada rakan serumah kami. Ajaibkan? Itulah uniknya bahasa badan. Tanpa menggunakan kata-kata, satu mesej dapat diterima dengan baik oleh orang lain. Saya sendiri hairan dengan kemampuan rakan sebilik memahami mesej yang ingin saya sampaikan, sehinggakan apabila kami kembali ke dalam bilik, saya mengajukan soalan buatnya tentang perkara yang difahami olehnya melalui bahasa badan itu. Ya, tepat dengan mesej yang ingin saya sampaikan. Dia sememangnya faham 100 peratus tentang perkara yang ingin saya sampaikan. Situasi itu membuatkan kami ketawa dan kagum dengan nikmat bahasa yang Allah anugerahkan buat makhluknya.
Apakah maksud kerutan ini? Fikirkanlah ^_^

        Oleh itu, bahasa bukan sahaja melalui pertuturan, tetapi pelbagai medium lain dapat digunakan dalam berkomunikasi seperti bahasa badan dan juga bahasa isyarat. Begitulah uniknya bahasa.

Tuesday, 27 March 2012

ENTRI 17: RADIO NEGERI SETIA BAHASA


          Semasa sedang leka duduk di dalam sebuah bas untuk menuju ke bilik kuliah, saya tersedar ada kelainan dengan siaran radia yang dipasang oleh pemandu bas tersebut. Perkataan-perkataan 'kome, sebenornya, ate dan sebagainya' membuatkan saya berfikir adakah siaran radio tersebut merupakan radio negeri Perak? sebagai anak jati Johor, saya tidak didedahkan dengan penggunaan dialek dalam siaran radio negeri saya seperti siara radio Best 104. Penyampai-penyampai radio negeri Johor seperti biasa hanya berbicara menggunakan bahasa Melayu standard kerana pengaruh dialek di Johor sememangnya tidak ketara dan luas.  Justeru itu, saya mengesan satu keunikan yang menarik melalui siaran radio Perak ini.
         Perkara ini patut dibanggakan kerana siaran radio itu menunjukkan identitinya sebagai siaran radio negeri yang komuniti pendengarnya adalah terdiri daripada masyarakat Perak itu sendiri. Penggunaan dalam media elektronik separti itu tidak nampak janggal atau salahnya malah mengandungi unsur-unsur setia bahasa. Tambahan pula dewasa kini telah banyak munculnya siaran-siaran radio umum yang menggunakan bahasa Melayu standard, oleh itu siaran radio negeri boleh memainkan peranan untuk mengekalkan pengaruh dialek dalam kalangan mesyarakatnya.

Monday, 26 March 2012

ENTRI 16: PERBEZAAN ANTARA DIALEK JOHOR DENGAN BAHASA MELAYU STANDARD DARIPADA SEGI FONOLOGI

Dialek Johor tidak begitu ketara perbezaannya antara bahasa Melayu standard sebagaimana dialek-dialek negeri lain. Hal ini demikian kerana terdapat tanggapan umum yang mengatakan bahawa bahasa standard berasaskan dialek Johor. Selain itu, darjah kepelbagaian dialek Johor juga dikatakan paling kurang berbanding dialek-dialek negeri di Malaysia. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit kelainan dalam dialek ini di bahagian kawasan sempadan seperti kawasan sebelah utara iaitu dari pantai barat hingga ke pantai timur. Kawasan ini dilihat terdapatnya percampuran ciri-ciri antara dialek Johor dengan dialek Melaka dan antara dialek Johor dengan dialek Pahang yang menyebabkan tiadanya perbezaan-perbezaan yang besar daripada segi sistem bunyi bahasa yang dituturkan. Melalui perbezaan kecil tersebut, dialek Johor dapat dibahagikan kepada tiga subkawasan iaitu subkawasan Johor, subkawasan Muar dan subkawasan Mersing.
Rindu negeriku ^_^

            Subkawasan Johor merupakan kawasan-kawasan di negeri Johor yang meliputi sebahagian besar negeri Johor dari utara sehingga selatan. Kawasan-kawasan ini secara umumnya merupakan keseluruhan kawasan di negeri selatan tersebut. Subdialek yang digunakan oleh masyarakat di kawasan subdialek Johor ini ialah subdialek Johor Baharu. Subdialek Johor Bahru dikatakan sebagai asas dialek Johor berdasarkan beberapa faktor. Faktor tersebut ialah faktor keluasan subkawasan tersebut jauh lebih luas berbanding subkawasan-subkawasan lain yang terdapat di negeri Johor. Faktor kedua ialah ciri-ciri linguistik yang menunjukkan bahawa subkawasan ini secara keseluruhannya dijelaskan secara terperinci tentang dialek Johor yang membezakan daripada dialek-dialek lain. Hal ini demikian kerana, terdapatnya penyimpangan-penyimpangan dalam subdialek Muar-Batu Pahat dan subdialek Mersing yang merupakan subdialek yang mempunyai ciri-ciri yang terdapat dalam dialek lain iaitu dialek dari kawasan yang bersempadan dengan kedua-dua subkawasan tersebut.
Subkawasan kedua ialah subkawasan Muar-Batu Pahat. Subkawasan ini mempunyai hubungan yang hampir dengan negeri Melaka Selatan sehinggakan dialek Johor di kawasan ini mempunyai pengaruh dari negeri bersejarah tersebut. Subdialek Muar-Batu Pahat dijadikan wadah pertuturan antara masyarakan di kawasan tersebut. Subkawasan yang terkhir ialah subkawasan Mersing yang meliputi kawasan-kawasan dan daerah di Mersing sahaja. Selain itu, negeri Johor yang sinonim dengan kebanyakannya masyarakatnya berketurunan Jawa mempengaruhi bahasa pertuturan mereka. Antara kawasan di Johor yang mempunyai jumlah masyarakat Jawa yang ramai ialah Pontian. Oleh itu, ciri-ciri bahasa Jawa mempengaruhi bahasa mereka.

Sistem vokal subdialek Johor Baharu (JB) dengan bahasa Melayu standard.
Subdialek Johor Baharu mempunyai  enam jenis vokal yang dikenali sebagai vokal kardial primer. Secara keseluruhannya, sistem vokal dalam subdialek ini mempunyai persamaan dengan sistem vokal dalam bahasa standard. Namun begitu terdapat sedikit perbezaan antara dua bahasa ini iaitu dalam penyebutan [u] pada kedudukan suku kata akhir tertutup. Ciri-ciri [u] dalam sebutan bahasa standard menerangkan bahawa [u] disebut sebagai [u˯] yang mempunyai ciri fonetik lebih rendah daripada [u] tetapi lebih tinggi daripada [o]. Manakala dalam subdialek Johor Baharu, suku kata terakhir tertutup [u] disebut sebagai [o]. Sebagai contoh:
JB
BS
[timbol]
[timbul]
[mӗlӗtop]
[mӗlӗtup]
[tutop]
[tutup]
[putos]
[putus]


Sistem konsonan subdialek Johor Baharu dengan bahasa Melayu standard.
Konsonan r merupakan konsonan yang mempunyai perbezaan antara sistem konsonan subdialek Johor dan bahasa Melayu standard. Konsonan r bagi subdialek Johor Baharu dikenali sebagai konsonan frikatif velar ȓ yang mempunyai padanan dengan getaran velar r dalam bahasa standard. Sebagai contoh:
JB
BS
[maȓah]
[marah]
[ȓumah]
[rumah]
[daȓah]
[darah]
Selain itu, konsonan r bagi subdialek Johor Baharu hanya hadir dalam linkungan akhir kata. Konsonan ini akan digugurkan dan digantikan dengan kesenyapan. Sebagai contoh:
JB
BS
[koto]
[kotor]
[boco]
[bocor]
[leba]
[lebar]
[gӗla]
[gӗlar]
[gamba]
[gambar]

Konsonan r sebagai kod suku kata lain memperlihatkan bahasa imbuhan ber- dalam bahasa standard akan menjadi be- dalam subdialek Johor Baharu. Sebagai contoh:
JB
BS
bӗjalan
bӗrjalan
bӗmain
bӗrmain
bӗsalaman
bӗrsalaman

Perbezaan Subdialek Johor Baharu Dengan Subdialek-Subdialek Lain.
Subdialek Muar-Batu Pahat
Perbezaan subdialek Muar-Batu Pahat (MBP) terletak pada penyebutan “-ar” pada akhir kata. Konsonan ȓ yang digugurkan dalam subdialek Johor Baharu tidak melibatkan proses pengubahan nilai fonetik [a]. Berbeza dengan subdialek Muar-Batu Pahat, pengguguran konsonan akan berlaku serta mengakibatkan perubahan nilai fonetik vokal tersebut bagi menghasilkan [ô]. Penghasialan [ô] itu menyebabkan subdialek Muar-Batu Pahat memiliki tujuh jenis vokal berbanding subdialek Johor Baharu yang mempunyai enam jenis vokal. Sebagai contoh:
JB
MBP
BS
[baka]
[bakô]
[bakar]
[bӗsa]
[bӗsô]
[besar]
[leba]
[lebô]
[lebar]
[saba]
[sabô]
[sabar]


Subdialek Mersing
Subdialek Mersing (Ms) pula mempunyai kelainan daripada subdialek Johor Baharu daripada segi penyebutan urutan-urutan vokal ia, ai, au dan ua. Dalam subdialek Johor Baharu urutan-urutan tersebut dihasilkan sebagai vokal rangkap ia, ai, ua dan au, tetapi dalam subdialek Mersing urutan itu disela dengan hentian glotis [q], dan dengan itu penghasilannya bukanlah sebagai vokal rangkap (Asmah Haji Omar, 1985: 160). Sebagai contoh:
JB
Ms
BS
[perioq]
[pӗȓiqok]
[pӗriuk]
[buah]
[biqah]
[buah]
[baeq]
[baqeq]
[baik]
[diӗ]
[diqӗ]
[dia]
[pӗrau]
[pӗȓaqu]
[pӗrahu]

Secara rumusannya diaelek Johor dapat dibagaikan mengikut kawasan. Sebagaimana yang dilihat, Asmah Haji Omar berpandapat bahawa dialek Johor dapat dibahagikan kepada tiga subkawasan. Namun begitu, terdapat pendapat lain yang mengatakan bahawa dialek Johor hanya dibahagikan kepada dua kawasan iaitu Johor Baharu yang juga dikenali sebagai dialek Johor-Riau serta kawasan  Johor Pesisir Barat & Utara yang mempunyai persamaan dengan dialek Muar-Batu Pahat.

Thursday, 22 March 2012

ENTRI 15: SLANGA

Bahasa inilah yang sedang popular ^_^
Dialog di atas bukanlah dialog yang asing buat kita dalam kalangan masyarakat Melayu Malaysia. Poya, hampeh dan kerek telah menjadi sebahagian daripada bahasa Melayu, namun perkara yang membezakannya dengan bahasa Melayu standard ialah perkataan-perkataan itu tidak diiktiraf sebagai bahasa Melayu standard. Jika diimbas kembali, saya sedari bahawa perkataan poyo telah lama wujud dalam perbualan masyarakat Melayu seawal  saya belajar diperingkat sekolah menengah. Ketika itu saya tertanya-tanya, apakah makna sebenar perkataan poyo? Kadangkala saya mengunkapkannya walaupun tidak pasti maksud yang dibawa oleh perkataan itu. Hal ini demikian kerana, sesetengah orang menganggap bahawa poyo itu membawa maksud 'perasan bagus' dan sesetengah daripada mereka pula menganggap poyo itu ialah sifat seorang yang tidak serius. Kini saya yakin bahawa poyo itu membawa maksud 'perasan bagus'.
          
         Begitulah situasi yang berlaku apabila wujudnya satu-satu perkataan baharu dalam kalangan masyarakat. Perkataan-perkataan itulah yang dikatakan sebagai slanga iaitu perkataan yang dicipta oleh golongan tertentu untuk berkomunikasi. Bahasa slanga ini terkenal dalam kalangan remaja dan keadaan penggunaannya semakin membimbangkan. Jika penggunaan slanga digunakan secara meluas, maka rosaklah bahasa Melayu.

Wednesday, 21 March 2012

ENTRI 14: GELARAN DAN PANGGILAN KEHORMAT


Datuk, datin, doktor, profesor dan sebagainya ialah gelaran kehormat yang dianugerahkan kepada seseorang. gelaran ini juga disebut sebagai pangkat. sesetengah pihak menganggap gelaran itu hanya sebagai pangkat yang tidak perlu diagung-agungkan. Namun sesetengah orang berpendapat gelaran itu perlu disebut-sebut dan diingati oleh semua orang. "Ada apa dengan pangkat?" Itu persoalan saya ketika berhadap dengan seorang pemuda yang bergelar profesor. dia begitu mengagung-agungkan gelarannya dan mementingkan panggilan kehormat yang perlu diberikan buatnya. "Yang berbahagia profesor" adalah panggilan kehormat yang tepat buat beliau, dan jika terdapat kesilapan dalam mengemukakan panggilan kehormat tersebut, maka tercetuslah amarahnya.

       Benar, panggilan kehormat itu sangat penting dalam situasi formal dan salah satu aspek kesantunan bahasa yang perlu diamalkan. Namun begitu, sebagai seorang yang berjawatan besar dan dipandang sebagai seorang 'role model' beliau juga perlulah mempunyai nilai rendah diri agar menjadi ikutan orang di bawahnya. Gelaran kehormat sememangnya sukar diperolehi, tetapi gelaran itu juga tidak sukar dipadam dengan padamnya nilai-nilai murni dalam diri.