Dialog di atas bukanlah dialog yang asing buat kita dalam kalangan masyarakat Melayu Malaysia. Poya, hampeh dan kerek telah menjadi sebahagian daripada bahasa Melayu, namun perkara yang membezakannya dengan bahasa Melayu standard ialah perkataan-perkataan itu tidak diiktiraf sebagai bahasa Melayu standard. Jika diimbas kembali, saya sedari bahawa perkataan poyo telah lama wujud dalam perbualan masyarakat Melayu seawal saya belajar diperingkat sekolah menengah. Ketika itu saya tertanya-tanya, apakah makna sebenar perkataan poyo? Kadangkala saya mengunkapkannya walaupun tidak pasti maksud yang dibawa oleh perkataan itu. Hal ini demikian kerana, sesetengah orang menganggap bahawa poyo itu membawa maksud 'perasan bagus' dan sesetengah daripada mereka pula menganggap poyo itu ialah sifat seorang yang tidak serius. Kini saya yakin bahawa poyo itu membawa maksud 'perasan bagus'.
Begitulah situasi yang berlaku apabila wujudnya satu-satu perkataan baharu dalam kalangan masyarakat. Perkataan-perkataan itulah yang dikatakan sebagai slanga iaitu perkataan yang dicipta oleh golongan tertentu untuk berkomunikasi. Bahasa slanga ini terkenal dalam kalangan remaja dan keadaan penggunaannya semakin membimbangkan. Jika penggunaan slanga digunakan secara meluas, maka rosaklah bahasa Melayu.
No comments:
Post a Comment