Tuesday, 27 March 2012

ENTRI 17: RADIO NEGERI SETIA BAHASA


          Semasa sedang leka duduk di dalam sebuah bas untuk menuju ke bilik kuliah, saya tersedar ada kelainan dengan siaran radia yang dipasang oleh pemandu bas tersebut. Perkataan-perkataan 'kome, sebenornya, ate dan sebagainya' membuatkan saya berfikir adakah siaran radio tersebut merupakan radio negeri Perak? sebagai anak jati Johor, saya tidak didedahkan dengan penggunaan dialek dalam siaran radio negeri saya seperti siara radio Best 104. Penyampai-penyampai radio negeri Johor seperti biasa hanya berbicara menggunakan bahasa Melayu standard kerana pengaruh dialek di Johor sememangnya tidak ketara dan luas.  Justeru itu, saya mengesan satu keunikan yang menarik melalui siaran radio Perak ini.
         Perkara ini patut dibanggakan kerana siaran radio itu menunjukkan identitinya sebagai siaran radio negeri yang komuniti pendengarnya adalah terdiri daripada masyarakat Perak itu sendiri. Penggunaan dalam media elektronik separti itu tidak nampak janggal atau salahnya malah mengandungi unsur-unsur setia bahasa. Tambahan pula dewasa kini telah banyak munculnya siaran-siaran radio umum yang menggunakan bahasa Melayu standard, oleh itu siaran radio negeri boleh memainkan peranan untuk mengekalkan pengaruh dialek dalam kalangan mesyarakatnya.

No comments:

Post a Comment