Saya mudah untuk memberikan senyuman kepada sesiapa sahaja sama ada kepada orang yang tidak dikenali dan apatah lagi kepada kenalan-kenalan saya. Hari ini tanpa ragu saya tersenyum lagi kepada seorang wanita yang tidak saya kenali. Namun begitu senyuman saya dibalas dengan wajahnya yang masam mencuka. Melalui reaksinya itu saya dapat membaca bahasa yang ingin disampaikan iaitu, dia tidak mengenali saya.
Senyum itu sedekah ^_^ |
Senyuman boleh mengungkap pelbagai mesej atau bahasa. Melalui senyuman sesiapa sahaja yakin bahawa bahasa yang ingin disampaikan ialah perasaan suka dan gembira. Senyuman juga mendukung lambang ucapan sapaan seperti selamat pagi, selamat petang, selamat malam dan sebagainya. Namun begitu terdapat juga lambang senyuman yang membawa maksud negatif iaitu senyum mengejek, tetapi senyuman itu tampak tidak ikhlas di mata orang yang melihatnya. Begitulah kisah sebuah senyuman. Segaris senyuman mengungkap seribu makna. Senyum...tak perlu kata apa-apa. ^_^
No comments:
Post a Comment