Wednesday, 28 March 2012

ENTRI 18: BAHASA BADAN


Sedikit gelengan kepala dan kerutan mampu membuatkan rakan sebilik saya faham bahawa saya tidak mahu dia membangkitkan kisah peribadi saya kepada rakan serumah kami. Ajaibkan? Itulah uniknya bahasa badan. Tanpa menggunakan kata-kata, satu mesej dapat diterima dengan baik oleh orang lain. Saya sendiri hairan dengan kemampuan rakan sebilik memahami mesej yang ingin saya sampaikan, sehinggakan apabila kami kembali ke dalam bilik, saya mengajukan soalan buatnya tentang perkara yang difahami olehnya melalui bahasa badan itu. Ya, tepat dengan mesej yang ingin saya sampaikan. Dia sememangnya faham 100 peratus tentang perkara yang ingin saya sampaikan. Situasi itu membuatkan kami ketawa dan kagum dengan nikmat bahasa yang Allah anugerahkan buat makhluknya.
Apakah maksud kerutan ini? Fikirkanlah ^_^

        Oleh itu, bahasa bukan sahaja melalui pertuturan, tetapi pelbagai medium lain dapat digunakan dalam berkomunikasi seperti bahasa badan dan juga bahasa isyarat. Begitulah uniknya bahasa.

No comments:

Post a Comment