Wednesday, 7 March 2012

ENTRI 4: Belajar satu perkataan baharu...


Tidak sabar rasanya ingin menyambung coretan untuk entri kali ini. Pada jam 8 malam tadi saya telah menghadiri mesyuarat persatuan bersama dua orang rakan iaitu Mazni dan Florens. Mazni berasal dari Negeri Perak manakala Florens pula berasal dari Sarawak. Ketika di dalam bas untuk menuju ke kampus, saya duduk bersebelahan dengan Florens. Tiba-tiba Florens menegur rakan kami yang duduk di kerusi hadapan lalu berbual-bual. Saya teliti setiap butir bicara mereka tetapi perkataan-perkataan yang dilontarkan itu terlalu asing bagi saya. Saya meneka-neka di dalam hati sambil bermonolog, “Bahasa apa yang Flo cakapkan ni, bahasa Sarawakkah?” Selesai sahaja Florens berbual dengan rakan kami itu, saya pun mengajukan pertanyaan kepadanya. Apabila mendengar jawapannya, baharulah saya tahu bahawa bahasa yang dituturkan itu ialah bahasa Bidayuh. Seronok mendengar tentang keupayaan seseorang yang boleh menguasai lebih daripada satu bahasa seperti rakan saya ini. Selain daripada bahasa ibundanya iaitu bahasa Bidayuh, dia juga boleh berbahasa Melayu dan Inggeris dengan baik. Keupayaan inilah yang disebut sebagai multilingualisme. Keupayaan seperti ini menjadi nilai tambah buat diri kita kerana menguasai sesuatu bahasa itu merupakan satu ilmu yang sangat bermanfaat. Oleh itu marilah kita berlumba-lumba menguasai dan mempelajari bahasa lain agar kita juga boleh digelar sebagai multilingualisme.
Saya belajar perkataan 'man' yang bermaksud makan ^_^

No comments:

Post a Comment