Hanya sekadar tulisan, namun
itu sudah cukup untuk memberikan kesan yang besar dalam berkomunikasi melalui
laman sosial seperti 'facebook'. Perasaan gembira, marah, sedih dan sebagainya
dapat dilontarkan melalui 'facebook' dan difahami oleh semua orang. Hari ini
saya membaca status yang ditulis oleh seorang rakan yang menyatakan, "Alhamdulilah..sedih pulak rasa..huhu terima kasih
allah.." Melalui kenyataan yang dipaparkan melalui dinding
laman facebooknya, dapat saya kesan tentang perasaannya terlalu bersyukur
sehinggakan terharu terhadap nikmat kejayaan yang dianugerahkan oleh
Allah.
Tidak kurang juga, ada sesetengah pencinta facebook ini
menggunakan laman sosial itu untuk bertelagah sesama sendiri, kutuk mengutuk
serta mengumpat keji. Segala perkataan yang ditaip dan dipaparkan melalui
status itu dapat menggambarkan keperibadiaan seseorang insan. Hal ini demikian
kerana, melalui bahasa seseorang itu boleh dikenali sebagaimana peribahasa yang
mengatakan bahawa bahasa menunjukkan bangsa. Oleh itu tetaplah menjaga
kesantunan berbahasa walaupun hanya berada di alam maya kerana keperibadian di
alam maya akan menggambarkan keperibadian kita di alam realiti.
Gurauan di 'facebook' ^_^ |
No comments:
Post a Comment