Thursday, 29 March 2012

ENTRI 19: BAHASA IKLAN


Tugasan folio yang bertajuk Selusuri dan Solusi Bahasa Iklan bagi kursus Semantik dan Pragmatik membuatkan saya tersedar bahawa kurangnya kesedaran penggunaan bahasa Melayu yang tepat dalam kalangan masyarakat Melayu. Subjek bahasa Melayu merupakan subjek teras yang perlu diambil dalam setiap peperiksaan awam di Malaysia, namun penggunaannya dalam situasi harian tidak dapat diaplikasikan dengan baik. Sebagai contoh, berdasarkan gambar ini:
Apakah kesalahan yang terdapat gambar ini? ^_^
Peniaga tidak dapat membezakan penggunaan kata sendi 'di' yang sepatutnya dieja secara rapat dengan perkataan 'buka' kerana hanya kata sendi 'di' yang merujuk kepada tempat sahaja yang akan dieja dengan berjarak. Oleh itu, peniaga tersebut perlulah menukar frasa tersebut kepada 'akan dibuka'. 

   pada pendapat saya setiap orang perlulah mempunyai kesedaran untuk menguasai bahasa Melayu yang standard dan formal. Penguasaan bahasa Melayu dengan tatabahasa yang betul ini juga bukan sahaja perlu dikuasai oleh guru bahasa Melayu dan penggiat bahasa seperti mana yang ditanggapi oleh masyarakat. Bahasa Melayu adalah bahasa ibunda masyarakat Melayu dan bahasa kebangsaan masyarakat Malaysia, oleh itu kita perlulah menguasai bahasa itu dengan baik mengikut hukum dan rumus yang telah ditetapkan.

3 comments:

  1. salam...leh x sy nak minta tugas semantik awk tu...sy nk jdkan rujukan

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.. awak mahu tugasan tersebut? boleh.. boleh berikan alamat email? saya akan hantar.. pelajar ismp upsi ke?

      Delete