Hampir tiga tahun saya hidup sebagai pelajar di bumi
Tanjung Malim ini. Sejak dahulu lagi telah saya perhatikan betapa sopannya
pelajar-pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kami tidak dididik
berkelakuan begitu, tetapi naluri seorang guru itu sememangnya telah teserlah dalam
diri setiap pelajar yang bergelar Anak Kandung Suluh Budiman. Nilai kesantunan dalam berbahasa khususnya dapat dilihat setiap kali menaiki bas sama ada untuk
ke kampus, kolej atau pekan. Perkara yang membuatkan saya kagum ialah, setiap
orang di dalam bas itu akan mengucapkan terima kasih sebelum turun daripada bas
kepada pemandu bas itu secara inidividu. Jika terdapat 40 orang, maka hampir
kesemuaanya akan mengucapkan terima kasih. Begitulah situasi yang saya alami
dari dahulu hingga hari ini. Pernah satu ketika dahulu, saya terdengar keluhan dan rungutan seoarang pemandu dengan berkata, “Wakilkan seorang sahajalah untuk
mengucapkan terima kasih”. Mungkin pemandu bas itu terasa penat untuk menjawab
40 ucapan terima kasih. Namun begitu, itulah realitinya sikap pelajar-pelajar
UPSI yang sememangnya mengamalkan kesantunan berbahasa. Kami hargai penat lelah
pemandu-pemandu bas ini dengan sebaris ucapan terima kasih. Begitulah caranya
apabila orang berbudi, kita berbahasa. Jadikanlah nilai-nilai kesantunan berbahasa seperti ini seperti makanan hidup kita, walau ke mana sahaja kita
pergi atau kita jejaki.
Dua kata yang sangat berharga...terima kasih semua ^_^ |
No comments:
Post a Comment