Tuesday, 6 March 2012

ENTRI 3: Idiolek Si Cantik Lisa


Saya baharu sahaja selesai menonton drama televisyen Vanila Coklat bersama rakan-rakan serumah. Kami menonton melalui laman sesawang www.tonton.com.my. Jalan ceritanya sangat menarik, sehinggakan rasa tidak sabar untuk menonton episod minggu hadapan tinggi menggunung. Namun begitu bukan kisah Vanila Coklat yang ingin saya coretkan di sini tetapi kisah Si Cantik Lisa Surihani. Selang beberapa minit menonton, drama tersebut dihentikan seketika bagi memberikan laluan kepada iklan. Model iklan tersebut ialah Lisa Surihani. Rakan-rakan mengajuk cara pertuturan Lisa yang dikatakan sebagai pelat. Hal ini kerana Lisa sukar untuk menyebut perkataan yang mempunyai huruf ‘R’ iaitu ‘super reload’. Kelainan bahasa yang dimiliki oleh Lisa ini diistilahkan sebagai idiolek. Secara definisinya idiolek merupakan variasi bahasa yang berkaitan dengan individu. Kelainan ini wujud disebabkan oleh perbezaan alat sebutan antara individu dengan individu yang lain, sehingga sebutan ujaran yang sama menjadi tidak serupa. Variasi bahasa inilah yang menunjukkan dan membuktikan bahawa uniknya bahasa ciptaan Allah.
Variasi iti indah bak pelangi ^_^


No comments:

Post a Comment