Saturday, 3 March 2012

ENTRI 1: SOSIOLINGUISTIK


Sosiolinguistik membuka ruang mindaku untuk berfikir betapa uniknya bahasa manusia yang merupakan anugerah yang Maha Esa. Bahasa bukan sahaja sekadar butir-butir ungkapan yang lahir daripada bibir tetapi mempunyai banyak keunikan dan keindahan yang tersembunyi. Oleh itu keunikan-keunikan itu perlulah digali dan gali agar segala-galanya tidak lagi menjadi rahsia. Melalui bidang sosiolinguistik inilah kita dapat melihat perkaitan dan hubungan antara bahasa dengan masyarakat. Budaya sesebuah masyarakat dapat dijelmakan melalui bahasa seperti penggunaan dealek yang lahir daripada sesetengah kelompok masyarakat. Itulah uniknya bahasa.

Melentur buluh biar dari rebungnya ^_^

No comments:

Post a Comment